Powered By Blogger

baca...rugi x baca... kat cni mengandungi pelbagai maklumt dan jugak utk lawak jenaka... so jangan lepaskan peluang....

Saturday, November 8, 2008

adakah anda kawan yang baik...renung-renungkan??????

Bukan senang nak cari kawan yang baik..... Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik..... Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya..... Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya....... Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.... Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia..... Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan..... Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.... Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.... Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya..... Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik..... Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya..... Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya..... Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna..... Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita..... Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.... Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya... Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...(',) Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang

Sunday, November 2, 2008

Bakal Bapa

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


Top

Please rate this blog: